Sunday 26 October 2014

Kelebihan Madu Kelulut

KelebihanMaduKelulutAsli
• Terdapat 172 Vitamin dan 20 Kali Ganda Lebih Baik Daripada Madu Lebah
• Anti Kanser, Anti bakteria, Anti Fungus, Anti Radang yang baik.
• Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
• Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
• Boleh menghentikan kesakitan sendi.
• Baik untuk sistem pernafasan
• Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
• Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
• Membaik pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki atau pun menambah keharmonian rumah tangga.
• Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
• Menjana pertumbuhan otak.
• Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
• Digunakan sebagai ubat sakit perut.
• Menghilangkan kahak.
• Memutih dan menguatkangigi.

Khasiat Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut

Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan Cuma agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini . Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat.Seperti lebah, kelulut ini juga berbentuk koloni sosial kompleks.Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies kelulut.Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga.Kelulut biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya.Berbeza sedikit dengan madu biasa,madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat,anti fungus,anti bakteria dan anti radang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktiv dalam kosmetik ,krim dan tablet.Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.
Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser.Antara penyakit yang dilaporkan sumbuh melalui kaedah rawatan tradisional menggunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.Berdasarkan kajian yang dilakukan di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu kelulut ini mampu menurunkan paras glukos penyakit diabetis dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.


1. 20 kali ganda lebih baik daripada madu lebah.
2. Mengandungi 172 jenis vitamin antaranya vitamin A, B, B2, B3, B5, B6, B12, C, D, E & K.
3. Anti kanser, anti bakteria, anti fungus & anti radang terbaik.
4. Anti oksidan (anti penuaan) terbaik.
5. Antibodi terbaik.
6. Sesuai untuk semua jenis penyakit terutama lelah, kencing manis dll.
7. Makanan Sunnah Nabi.
8. Meningkatkan metabolisma badan(memberi tenaga tambahan)
9. Menambahkan tenaga batin

Kelulut

KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE yang terdapat di negera kita dan diseluruh dunia sebagai sejenis lebah yang menhgasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Serangga kelulut ini bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Serangga Kelulut juga di panggil sebagai Stingless Bee mempunyai 33 spesis di Malaysia dimana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak.

Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.

Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.
Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

Kelulut menghasilkan Madu Kelulut, Propolis dan juga 'Bee Bread' iaitu campuran antara pollen dengan madu , air liur dan cairan dari perut lebah yang berkhasiat untuk mengatasi masaalah pencernaan dan fermentasi. Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit 'MASAM' dan warnanya adalah lebih cerah. Walau pun kuantiti madu kelulut yang dihasilkan setiap koloni sedikit berbanding dengan Lebah Madu biasa tetapi kelulut adalah serangga yang aktif sepanjang tahun. Koloni biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau masam kerana kandugan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semulajadi.
Kandungan Propolis yang dihasilkan oleh Kelulut merupan satu kelebihan. Propolis berfungsi sebagai Anti-Bakteria, Anti-Fungus dan juga Anti-Radang serin digunakan sebagai bahan pentik untuk Bahan Kosmetik dalam bentuk Krim dan Tablets. Khasiat madu kelulut dan propolis didakwa membantu dalam mencegah dan mengubati Penyakit kanser,Asma, Strok, Diabetes, mellitus, Batu Karang, Hipertensi dan malah ada juga kes HIV/AIDS.

Khasiat Madu Kelulut 20 kali ganda lebih dari Madu Lebah biasa (hasil dari kajian MARDI Madu Kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi).